Sunday 9 August 2015

NOVEL BUATAN SENDIRI

angin sepoi sesekali singgah masuk kedalam Restoran Jintan Manis. Cuaca hari ini begitu sejuk. Mungkin sebab musim hujan. Sesekali Fazlyn menghirup air teh’O panas.
           Sambil memeluk tubuh, Fazlyn mengerling jam menanti seseorang.
         “Manalah pergi dia ni? Kata jumpa pukul 3, tapi ini sudah pukul 3:30 ni. Haihh… ini yang aku malas bab-bab mungkir janji ini. Janji sahaja lebih, tepat dia belum tentu betul. Aduii…” Fazlyn membebel seorang diri.
          “Faz!!!” tiba-tiba ada orang sergah.
          “Oh mak kau meletop!! Astagfirullah al-azim… Kau ini sudah lama hidup ke apa haa!..” Fazlyn marah Nazifa sambil mengurut dadanya dek sergahan itu. Dia ni sahabat karib Fazlyn dari kecil. Mereka memang bestie gitu!
          “Maafkan saya makcik. Saya mintak ampun. Hahaha! Sorry la wei, nak gurau pun tak boleh ke?” Ketawa Nazifa dek melihat mimik muka Fazlyn yang berubah itu.
          “Ada jelah engkau ini. Haa… Apasal kau lambat? Penat aku menunggu kau tahu tak? Kau tahu melenggang aje.” Bebel Fazlyn gaya nenek tua.
          “Jalan jamlah! Lepastu boss aku bagi kerja last minit. Geram aku!” Membebel Nazifa seorang diri dengan mimik muka yang tidak puas hati.
          “Alolo… Kesiannya kawan aku sorang ini. Boss kau memang macam itu kan? So, relaxlah.” Kata Fazlyn menyuruh sahabatnya bawa bersabar.
          “Yelah! Diakan a.k.a…
          “POYO!” Kata mereka serentak. Kemudian berderai ketawa mereka.
          “Oleh kerana kau lambat, kau kena belanja aku. Okay?”
          “Yelah. Tapi aku tidak boleh lama, yela nanti boss aku marah. Sudah itu kerja pun tidak siap lagi engkau tau.” Kata Nazifa dengan satu nafas.
          “Iyalah mak encik. Sudahlah, cepat order makanan. Nanti kene marah, kau salahkan aku pula.”


“Ehem! Pergi mana tadi? Bukan saya suruh awak siapkan kerja ke tadi? Atau, awak sudah siapkan? Kalau sudah siapkan, mari saya hendak check.”
          “Boss! Err… Belum boss. Saya pergi keluar makan tadi. Maafkan saya, sebab tak minta izin boss.” Pucat tak terkata muka Nazifa sewaktu itu. ‘Macam mana dia boleh tahu aku balik ini. Aduh..’ Bisik hati Nazifa.
          “Apa dia? Kau tidak siapkan lagi? Kalau sudah tahu tidak siap, siapa yang benarkan kau keluar makan? Kau tahu ke tidak kontrak itu hari ini kena hantar? Kau pikir holding ini bapak kau yang punya! Habis lesaplah duit berjuta-juta aku! Apa kebodoh sangat kau ini!” Tengking mamat poyo itu kepada Nazifa.
          “Hoi! Jangan kurang ajar sangat dengan pekerja. Walaupun office ini bapak engkau yang punya, tak payahlah nak maki hamun teruk macam itu sekali. Kau pikir kalau office ini bapak kau punya sekali pun, aku takut dengan kau?” Fazlyn yang dari tadi ikut belakang Nazifa secara senyap-senyap muncul juga dek terdengar kawan baiknya sendiri dimaki hamun sesuka hati. ‘Eh? Macam kenal? Jangan-jangan… Ahh! Perdulikan!’ Bisik Fazlyn dalam hati.
          “Kau siapa? Kau ada urusan dengan aku ke? Kalau tiada, berambus! Ini bukan urusan kau untuk masuk campur, paham! Yang lain, siapa suruh lihat? Pergi buat kerja!” kata Amar. Terhenti lamunan Fazlyn dek sergahan suara yang lantang itu.
          “Memang bukan urusan aku. Tetapi yang kau maki hamun itu kawan baik aku! Sesuka hati engkau sahaja maki hamun dia. Eh! Dia bukan heran punlah nak kerja dekat syarikat bapak kau ini. Gaji disini pun tidak seberapa, ada hati nak ambik orang yang bagus-bagus untuk berkerja. Boss pun otak dekat lutut, ada hati nak lawan aku! Kau pikir kau lelaki, ada aku heran?” ‘Mampus kau kena balik dengan mulut aku yang laser ini. Memang kalahlah kau jawabnya! Silap orang lah wei! Tapi apasal muka dia macam…’
         “Faz… jangan cakap macam itu. Aku nak kerje dekat sinilah. Kalau aku tidak kerja dekat sini, dekat mana lagi aku nak kerja. Lagipun dia ini boss aku kot, biarlah dia nak tengking aku pun. Diakan majikan. Aku ini sekadar pekerja sahaja.” Kata Nazifa dengan air mata yang sudah berlinang dan akhirnya jatuh juga.
          “Memang dia ini boss engkau. Tetapi kau sudah macam orang bodoh yang sudah tiada apa-apa balasan. Kau ini bukannya bodoh untuk dimaki hamun. Mak kau pun ajar juga kalau ada orang tidak guna tengking kau, kau sepatutnya membalas balik, dan bukannya duduk terdiam!” Fazlyn menoleh semula kearah boss yang bertagkan Amar dikotnya itu. ‘Sah! Aku sudah kenal dia siapa.’ “Dan kau, encik boss yang tidak dilayak dipanggil boss! Orang macam kau tidak sepatutnya ditunduk hormat! Orang yang dugung sahaja yang ikut sahaja apa yang kau suruh! Sekali lagi aku bagi peringatan, jangan sesekali kau nak memaki hamun orang lain sesuka hati kau! Kau itu bukannya besar mana pun! Kau rajakah? Tuhankah? Bukan kan? Jadi, tidak payah berlagak poyo yang kau itu boss sangat!”
          “Kau siapa nak ajar aku? Mummy dengan daddy aku pun tak pernah tinggikan suara dekat aku, inikan pula kau? Haha! Kelakar lah wei kau!”
          “Wei mangkuk! Aku ada buat lawak ke? Patutlah kurang ajar, mak dengan bapak engkau tidak ajar rupanya. Kesian… Tiada tanda kasih sayang langsung! Hahaha!” Kata Fazlyn sambil ketawanya dibuat-buat. Dasar jantan!
          “Baik kau keluar sebelum aku panggil sekuriti! Berambus!” Jerit Amar bergema satu office.
          “Kalahlah itu. Haha! Dahlah, memang aku nak berambus pun. Orang macam kau aku nak hadap? Sorry to say larh! Assalamualaikum!” Dan terus mengangkat kaki dari situ.


Ish! Serious ke itu dia? Tidak mungkin lah! Aku salah orang mungkin.. Tidur sajalah! Malas mahu pikir!
          “Awak… Lepas SPM ni awak nak belajar dekat mana? Yelah, nanti mesti kita dah tak boleh jumpa kan? Sebab mama saya nak hantarkan saya dekat New York. Nanti mesti awak lupakan saya kan?” Kata Fazlyn dengan muram.
          “Alah… Awak jangan pikir macam itu. Saya janji saya tak akan lupakan awak. Mama awak nak hantarkan saya dekat New York? Hmmm.. Daddy saya nak hantarkan saya dekat London lah awak. Jauhnya awak belajar? Kalau macam ini awak mesti akan lupakan saya punyalah!” Kata Amar sambil merajuk. Comel!
          “Apa awak ni.. Saya cakap awak, awak cakap saya balik. Awak itu, awak kan lelaki. Senanglah awak cari yang lain kan? Yelah, saya ini siapa dalam hati awak. Kan?”
          “Awak… Awak suka sangatkan cakap macam tu? Saya tak sukalah awak cakap macam tu. Awaklah segala-galanya bagi saya tahu tak? Okay, saya janji dengan awak yang saya akan setia dengan awak walaupun kita berjauhan dan saya tak akan pernah lupakan awak langsung! Itu janji saya!” Kata Amar sambil mengangkat tangan seperti orang berikrar.
          “Kelakarlah awak ini… Iyalah. Saya percayakan awak.”


‘Ish! Kenapa muka dia macam Fazlyn erk? Aduh! Janganlah kau datang balik dalam hidup aku. Tapi, aku rindukan dia.’
          “Sayang! How are you?” Sergah Mira tanpa mengetuk pintu dan terus memeluk Amar.
          “Apa ni Mira, suka hati sahaja u peluk I. Nanti apa pula orang kata.” Amar melepaskan pelukan Mira yang terasa rimas itu. ‘Siapalah yang benarkan dia masuk!’
          “U ni… bukannya ada orang pun. Kita dekat dalam bilik kan? Tak payahlah takut sangat! Nak manja pun dah tak boleh dah sekarang.” Kata Mira dengan suara yang dibuat-buat manja. Geli-geliman Amar mendengarnya. Sambung Mira lagi,
          “I nak juga rasa macam pasangan kekasih yang lain. U ini tak sporting langsunglah Amar!” Mira pukul bahu Amar manja.
          “Banyaklah u punya pasangan kekasih! Jangan harap I nak jadi u punya kekasih!” Bentak Amar menandakan yang dia sudah tolak mentah-mentah!
          “U, u tidak boleh terima I lagi ke? U masih ingat lagi kisah lama ke? Kan I dah minta maaf. Benda lalu janganlah diungkit. Amar, kita rujuk balik ya, sayang?”
          “Apa u merepek ni Mira? Rujuk balik? Please la, I tak nak! Ya! Memang I ingat lagi kisah lama. Nasib u la Mira, u yang pilih jalan ini. Jadi u tanggunglah sendiri. I malas nak fikir! Dan sekarang u boleh keluar!” Halau Amar dengan kasarnya.
          “U… maafkan I please! I tahu u tak boleh terima semua ini. I minta maaf. I janji lepas kita rujuk balik, I tak akan sia-siakan u. Please Amar, open your heart!” Pujuk Mira dengan penuh kesungguhan.
          “U tak faham ke Mira? I say, get out! So, just get out!” Marah Amar dengan muka yang mula kelihatan merah.

          “Okay fine! I keluar! Tapi u kena ingat Amar, u milik I! U milik I!!” Jerit Mira seperti orang gila. Amar yang melihat aksi itu terus terduduk sambil tangannya mula memicit-micit kepala yang tiba-tiba rasa pening.