Assalamualaikum korang yang baca blog Has ni :)
Hari ini Has nak kongsikan cerita has dekat korang. Korang nak tahu tak yang Has sentiasa rindukan seorang insan yang sentiasa berada disisi Has. Has ingat lagi, waktu Has first time kenal dia, tarikhnya 14/6/2015. Maksudnya Has sekarang dah kenal dia selama 4 bulan. Has selesa sangat 'berkawan' dengan dia. Bagi Has, dia seorang yang baik, manja, penyabar, dan degil! Sebab apa Has cakap dia degil? Sebab dia ini susah sangat nak dengar nasihat orang! Bila orang tegur, adalah dia nak merajuknya. Tapi, bagi Has, bila dia merajuk, dia comel sangat. Ah! sedih sangat bila cerita ni... Serious! Has sayang dia! Dia memang baik. Dia selalu support Has. Time Has susah, dia cuma boleh support Has je, sebab kiteorang jarang jumpa. Maklumlah, rumah jauh! Has rasa terharu sebab dia muncul dalam life Has. Has tak tahu macam mana nak balas kebaikkan dia. Lagi satu, dialah yang mengajar Has erti setia. Ya! Has dulu seorang 'playgirl'. Time Has 'kawan' dengan dia pun, Has banyak layan lelaki. Kadang-kadang Has rasa kasihan sebab Has takut yang dia anggap yang diri dia ini macam orang bodoh yang senang dipermainkan. Tapi sekarang Alhamdulillah, Has dah paham erti setia dan Has akan berusaha untuk setia dengan dia. Walaupun Has selalu risau dan takut dia yang mainkan Has. Has just boleh berharap dia tak curang macam lelaki lain...
Okay la... itu sahaja yang Has nak kongsi kay :)
Assalamualaikum.
IMISSYOU HMMMMMMMMMMM
ReplyDelete