Saturday 20 February 2016

CARA NAK MENANG MERENTAS DESA

Assalamualaikum. Lama betul Has tak update blog. Terasa rindu pulak. :)

     Hari ini Has Merentas Desa. Tak sangka pulak dapat tempat ke-Tiga. Berkat doa :)
Tahun ni pulak Has last merentas desa, lepas ni rindulah Has -huhu. Okay! Hari ini Has nak cerita cara-cara nak menang merentas desa. Jom!

    TIPS MERENTAS DESA:
1)Banyakkan minum air putih.Malam sebelum pertandingan buatlah 'waterdrill'. Minum 1.5 liter air.Tapi sebelum lari esoknya jangan minum banyak air. Seeloknya minum air glucose untuk tenaga.

2)Makan dark chocolate dan pisang. Dark chocolate lebih berkhasiat berbanding milk chocolate. Dark chocolate bagus untuk jantung dan tenaga.Pisang pula bagus untuk kardiovaskular dan tenaga.

3)Jangan makan/minum ais seelok2nya sebulan sebelum pertandingan. Tapi saya hanya mampu berpantang 2 minggu sebelum pertandingan je..huahuahua

4)Pastikan makan nasi atau erti kata lain makan makanan yang banyak karbohidrat 3 jam sebelum lari.Kurang dari 3 jam boleh menyebabkan perut senak semasa berlari (mengikut pengalaman).

5)Warming-up dan cooling-down dengan betul untuk elak dari sebarang kecederaan semasa latihan dan pertandingan

6)Semasa berlari pastikan pernafasan lancar. Elakkan dari tercungap-cungap.Seeloknya tarik nafas guna hidung dan hembus melalui mulut.

7)Kuatkan mental. Ini adalah faktor utama yang membezakan seorang atlet bagi saya.

8)Berlari dengan cara hentakkan kaki yang betul. Use your toes not your heels. Reason dia kalau tak salah hentakan kuat akan terhasil jika guna tumit berbanding menggunakan bahagian jari dan automatik kita akan berlari dengan sedikit menghenjutkan badan yang memudahkan serta mempercepatkan larian.

9)Panjangkan langkah sewaktu berlari.

10)Elak bercakap semasa berlari agar tidak tercungap-cungap.

11)Bina strategi mengikut kemampuan.
-maintain rentak larian then potong orang yang dah semput dan speed bila dah nak sampai ke garisan penamat..
atau
-speed dari awal dan maintain rentak larian bila dah tinggalkan org jauh ke belakang
atau lain-lain strategi.

10)Last, perempuan ada satu masalah apabila semasa pertandingan dia didatangi haid. Sesetengah orang akan menjadi faktor gangguan stamina tapi macam saya, kalau pertandingan semasa tempoh tersebut. Saya biasanya menang..haha..


Sekadar perkongsian..

Jadi GOOD LUCK!

1 comment: